fbpx

No. 911, Jalan Bukit Puteri 11/13A, Bandar Puterijaya 08000 Sungai Petani, Kedah

017 563 2108

Open Mon – Fri 10:00-18:00

Melabur Dengan Pembangunan Laman Web Untuk Perniagaan Anda

Laman web adalah asas kepada semua pemasaran digital yang berkesan. Saya punyai pengalaman hampir 20 tahun dalam membina laman web yang mempamerkan jenama anda dan saya akan bantu dalam memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Saya juga akan memastikan, mengemaskini, dan mengekalkan tapak web anda untuk memastikan ia tetap selamat, terkini dan berfungsi.

Kenapa Laman Web Penting untuk Perniagaan Anda?

Laman web yang menarik dan bermanfaat yang mudah dinavigasi adalah penting untuk setiap perniagaan, tanpa mengira saiznya. Laman web anda:

  • Menjadi tulang belakang kepada pemasaran anda: Setiap iklan, pos sosial media, dan medium lain yang anda siarkan dalam talian adalah untuk mengarahkan pelanggan ke laman web anda, di mana mereka dapat mencari lebih banyak maklumat mengenai produk dan perkhidmatan anda.
  • Membina kredibiliti: Kini, kebanyakkan perniagaan mempunyai laman web, walaupun produk dan perkhidmatan. Perniagaan tanpa laman web akan kehilangan kredibiliti (dan pelanggan) dengan cepat.
  • Mendapat lebih banyak pelanggan: Jika anda bergantung pada offline marketing sahaja, anda akan mengehadkan ketrampilan dan jangkauan anda. Laman web yang dioptimumkan untuk mendapat tempat dalam enjin carian akan membawa banyak lagi peluang jualan.
  • Akses 24/7: Anda mungkin tidak dapat membantu pelanggan sepanjang masa, tetapi laman web anda dapat. Pelanggan boleh mencari maklumat yang mereka perlukan dan – jika anda menggunakan tapak e-dagang – mereka boleh membuat pembelian bila-bila masa sahaja.

Bagaimana proses pembangunan laman web dilakukan?

Saya mereka laman web yang boleh diakses dengan pantas, serta bebas stres untuk pelanggan saya.

Saya biasanya akan menggunakan peralatan yang sudah ada (WordPress CMS, tema yang sesuai, dan plug-in yang popular) sesuai dengan kos dan tempoh masa rekaan yang singkat bagi anda boleh menggunakannya dengan cepat. Tools yang mesra pengguna, supaya anda boleh membuat kemas kini laman web tanpa pengetahuan pengekodan.

Paparan pengguna (UX) dan pengoptimuman enjin carian (SEO) terbaik adalah keutamaan dalam membina laman web. Saya juga menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan perancangan UX. Saya akan mengkaji semua prebuild dan prelaunch laman web untuk memastikan SEO setiap laman web adalah kuat.

Apa yang terdapat di dalam pakej Penjenamaan?

Semua pakej pemasaran yang saya bina khas untuk perniagaan anda. Perkhidmatan pembangunan laman web yang berfungsi seiring dengan perkhidmatan lain dalam pakej untuk mencapai matlamat perniagaan anda. Perkhidmatan ini termasuk:

Membina Laman Web WordPress

Pengemaskinian Laman Web serta Penambahbaikan

Kemas kini laman web setiap jam

Hosting & Penyelenggaraan

Dapatkan Perundingan Iklan Percuma!